Thursday, 22 September 2011
persiapan membersihkan rumah ayam.....
acara mengisi tinja ayam kedalam guni....... acara paling mencabar.... satu, dua, tiga..... sampai le 9 skop baru le ikat. nak x nak kena le isi gak. demi untuk kesihatan ayam yang baru pule....
Tuesday, 30 August 2011
Sunday, 21 August 2011
DAUN JAMBU BATU
Pucuk daun jambu batu atau daun jambu sekali gus dapat menghilangkan penyakit cirit birit secara tradisional bagi manusia mahu pun haiwan. Kalau bagi manusia.. ambil 3 pucuk daun jambu dan kunyah serta makan terus.. kelat le sikit. Bagi haiwan pula...terutama haiwan ternakan ,..... mesinkan daun jambu, tapiskan dan masukkan kedalam bekas minuman. Cuba leee.....
Sunday, 7 August 2011
DAUN MAMBU (UBAT DAN VAKSIN)

Monday, 1 August 2011
ENJIN MERAGAM LAGI...
ADUH... dalam sibuk2 nak siapkan tempat anak ayam. enjin semburan air meragam pula. Tak sempat nak sembur anti bakteria reban. Terpaksa hantar enjin untuk dibaiki. Dah dibaiki..... lega rasanya. Balik pasang... ahhhh... tak sampai pun 5 minit berhenti pula.... alahai... terpaksa bawa semula. Dah le hari ni hari pertama puasa.... sabo je le.Dugaan....... Rupanya karburetor dah tak elok.... sejam le kena tunggu sementara nak ditukarkan. Nasib baik dekat dengan bazar ramadhan. Beli je le juadah berbuka puasa disitu. Cadang nye nk le masak, tapi tak sempat.
Makan je le wahai anak2 ku.....
Balik pasang enjin.. elok le enjin tu berfungsi... Alhamdulillah......
Makan je le wahai anak2 ku.....
Balik pasang enjin.. elok le enjin tu berfungsi... Alhamdulillah......
Tuesday, 26 July 2011
ORDER VITAMIN UNTUK AYAM...
Alhamdullillah, syukur yang teramat sangat kerana sekarang ni segala keperluan ubat untuk ayam senang didapati. Kebetulan pula ada pembekal yang sudi menghantar terus ke lokasi walaupun langganan yang dibuat tidak lah sebanyak mana. Rupanya ada juga pembekal yang prihatin dengan kesukaran yang kita alami. Jutaan terima kasih diucapkan pada pembekal tersebut. Beberapa musim yang lalu segala keperluan ubatan terpaksa dibeli sendiri di kedai yang agak jauh lokasinya.Puas le juga mengejar masa... Apa-apa pun terpaksa le besabar..... Nak cari rezeki.... walaupun secara keci-kecilan
Anak ayam baru bakal sampai.....
Sudah dua minggu ayam habis dijual. Anak ayam baru akan muncul kembali. Kini persiapan rancak dijalankan sebagai persediaan menerima anak-anak ayam yang comel. Letih dan penat le juga... Tapi x mengapalah demi mencari rezeki bagi menyara keluarga. Mudah-mudahan kali ini ayam-ayam akan membesar dan gemuk tanpa masalah yang mengganggu kesihatan mereka. Insyaallah ..............
Subscribe to:
Posts (Atom)