Tuesday, 26 July 2011

ORDER VITAMIN UNTUK AYAM...

Alhamdullillah, syukur yang teramat sangat kerana sekarang ni segala keperluan ubat untuk ayam senang didapati. Kebetulan pula ada pembekal yang sudi menghantar terus ke lokasi walaupun langganan yang dibuat tidak lah sebanyak mana. Rupanya ada juga pembekal yang prihatin dengan kesukaran yang kita alami. Jutaan terima kasih diucapkan pada pembekal tersebut. Beberapa musim yang lalu segala keperluan ubatan terpaksa dibeli sendiri di kedai yang agak jauh lokasinya.Puas le juga mengejar masa... Apa-apa pun terpaksa le besabar..... Nak cari rezeki.... walaupun secara keci-kecilan

Anak ayam baru bakal sampai.....

         

           Sudah dua minggu ayam habis dijual. Anak ayam baru akan muncul kembali. Kini persiapan rancak dijalankan sebagai persediaan menerima anak-anak ayam yang comel. Letih  dan penat le juga... Tapi x mengapalah demi mencari rezeki bagi menyara keluarga. Mudah-mudahan kali ini ayam-ayam akan membesar dan gemuk tanpa masalah yang mengganggu kesihatan mereka. Insyaallah ..............